Wednesday 28 January 2009

Hetty Sarlene Jawab Isu Gambar Panasnya di Thailand



Menyebut kisah gambar Hetty Sarlene, 25, mesranya di Thailand tersebar luas di internet, dia hanya ketawa kecil sebaik kisah itu dibangkitkan. Mengakui perkara itu pasti akan ditimbulkan oleh media, kata Hetty, dia sendiri tidak menyalahkan mereka yang beranggapan negatif kepada dirinya setelah melihat gambar-gambar itu di Internet.

Walaupun gambar-gambar itu bukannya menampilkan aksi ‘panas’, tetapi Hetty akui impak yang terkena pada dirinya juga cukup hebat.

“Saya terpaksa terima saja kritikan-kritikan tersebut. Saya akui, silap saya juga hingga tersebarnya gambar tersebut. Ramai orang menyangka bahawa saya hanya berdua saja ke Bangkok berdasarkan gambar-gambar itu.

“Tetapi, ingin saya jelaskan di sini bahawa saya ke sana turut disertai oleh ibu dan adik saya serta ibu dan adik ‘rakan’ saya itu. Kami ke sana sekitar tahun lalu.

“Gambar-gambar itu diletakkan di dalam Facebook adiknya. Mungkin dari situ ada yang ambil gambar tersebut dan disebarkan,” tutur Hetty yang kini dilihat semakin kurus.

Ditanya adakah jejaka di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya, Hetty seboleh mungkin cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan itu.

“Saya kalau boleh tidak mahu berbicara tentang hal peribadi lagi. Sejak dulu lagi apa saja cerita tentang saya dalam akhbar atau majalah, pasti berkenaan tentang cinta.

“Memang saya sedar macam-macam cerita yang timbul sejak kebelakangan ini…ada yang kata saya berkahwin la. Apa yang boleh saya katakan, lelaki di dalam gambar itu adalah ‘teman rapat’ saya.

“Tetapi, saya tak mahu cakap lebih-lebih lah tentang hubungan kami ini,” tutur Hetty tentang jejaka tersebut yang difahamkan adalah pramugara yang dikatakan adalah kekasih Hetty dulu.

Preview Gambar Di Hotel :

http://sensasicelebrity.blogspot.com/2009/01/gambar-hetty-sarlene-sehotel-dengan.html

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP